Kanak-kanak lelaki ditemui di kawasan loji

Kanak-kanak lelaki yang ditemui di kawasan loji di Taman Juara Jaya semalam.
Kanak-kanak lelaki yang ditemui di kawasan loji di Taman Juara Jaya semalam.
A
A
A

KAJANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui di kawasan loji di Taman Juara Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.40 pagi.

"Kanak-kanak yang lengkap berpakaian baju-T berwarna merah, berseluar putih dan tidak memakai selipar itu ditemui dalam keadaan terbaring.

"Tiada sebarang butiran maklumat diperoleh daripada kanak-kanak lelaki berkenaan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital Kajang dan masih ditempatkan di Bahagian Kecemasan untuk rawatan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: