Dilema antara politik dan Covid-19

Anwar mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. -Foto Bernama
Anwar mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. -Foto Bernama
A
A
A

SEMALAM, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson turut menegaskan bahawa majoriti yang diperoleh adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Anwar pada sidang medianya memberitahu bahawa kerajaan baharunya itu akan tetap menjunjung prinsip Perlembagaan.

Ini termasuklah mengiktiraf kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu, memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta mengekalkan hak istimewa orang Melayu serta bumiputera. Pada masa yang sama hak rakyat pelbagai kaum tetap dipertahankan.

Semalam juga, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) dengan peruntukan hampir RM10 bilion.

Muhyiddin berkata, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 dan kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada seramai 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Beliau berharap dengan adanya bantuan tambahan itu, rakyat dapat menarik sedikit nafas lega kerana sekurang-kurangnya boleh menampung perbelanjaan harian yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19.

Pengumuman serentak dua pemimpin itu menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada Sabtu ini pastilah menghangatkan lagi suhu politik dan memberi kesan kepada rakyat negara ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam tempoh dua tahun lalu, rakyat Malaysia seolah-olah berada dalam dilema apabila diheret sama dalam percaturan kuasa ahli-ahli politik di negara ini. Pilihan raya yang diadakan untuk memilih pemimpin yang sedia berkhidmat kepada rakyat dan negara telah dibayangi sindrom berebut kuasa yang berpanjangan.

Pada saat kes jangkitan Covid-19 meningkat semula dan PRN Sabah dikhuatiri menjadi bom jangka penyebaran wabak Covid-19, dua pengumuman serentak semalam sekali lagi meletakkan rakyat Malaysia dalam dilema iaitu yang manakah lebih penting sama ada politik ataupun Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar