MKN usir 400 pendatang Filipina

MKN Sabah mengusir pulang 400 pendatang Filipina melalui Pelabuhan Sandakan hari ini. Gambar hiasan.
MKN Sabah mengusir pulang 400 pendatang Filipina melalui Pelabuhan Sandakan hari ini. Gambar hiasan.
A
A
A

SANDAKAN - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mengusir pulang 400 pendatang Filipina melalui Pelabuhan Sandakan di sini hari ini.

Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pengusiran itu adalah program siri ke-27 menerusi jalan laut.

"Sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan koronavirus (Covid-19), semua tahanan dipastikan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan sebelum diusir.

"Semua tahanan juga menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pengusiran pendatang sepanjang tahun ini membabitkan 6,859 individu termasuk 259 pendatang dari Pakistan, China, Vietnam, Hong Kong, Korea Selatan dan negara lain menerusi pengangkutan udara oleh Jabatan Imigresen Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: