Arab Saudi cuba ubah persepsi tentang kaum Yahudi

Emiriah Arab Bersatu menjalin hubungan dengan Israel tanpa mengambil kira bahawa negara itu menandatangani perjanjian damai dengan Palestin. - Foto AFP
Emiriah Arab Bersatu menjalin hubungan dengan Israel tanpa mengambil kira bahawa negara itu menandatangani perjanjian damai dengan Palestin. - Foto AFP
A
A
A

ARAB Saudi kini berusaha untuk melakukan satu pendekatan dengan cuba mengubah pandangan awam terhadap kaum Yahudi selepas negara itu enggan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Negara beraja itu sebelum ini menyatakan ia tidak akan mengikut Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mewujudkan hubungan diplomatik tanpa satu resolusi mengenai Palestin walaupun ia mengadakan hubungan secara diam-diam dengan negara Yahudi.

Mempunyai hubungan dengan Arab Saudi, sebuah kuasa berpengaruh di negara-negara Arab dan pusat permulaan agama Islam merupakan satu hadiah diplomatik untuk Israel.

Negara itu juga bimbang bahawa rakyatnya yang simpati dengan penduduk Palestin mungkin tidak bersedia untuk 'memeluk erat' negara Yahudi itu.

Namun, Arab Saudi sedang mengubah persepsi awam mengenai kaum Yahudi dengan mendekati sebuah komuniti itu yang didakwa telah lama diberikan pandangan berbeza oleh ulama negara tersebut dan media sekali gus menyediakan asas untuk satu pengiktirafan.

Buku-buku teks sekolah yang suatu ketika dahulu pernah merendahkan kaum Yahudi dan yang bukan Muslim kini mengalami kajian semula sebagai sebahagian daripada kempen Putera Makhota, Mohammed bin Salman bagi memerangi fahaman ekstremis, kata beberapa pegawai.

"Kerajaan Arab Saudi turut memutuskan untuk melarang penghinaan terhadap kaum Yahudi dan Kristian di masjid-masjid, kata seorang penganalisis Arab Saudi, Najah al-Otaibi.

"Retorik anti-Yahudi merupakan sesuatu yang lazim disampaikan imam pada khutbah Jumaat yang digunakan untuk menegur umat Islam di selurud dunia," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebagai satu pusingan U, seorang pendakwah di kota Makkah mencetuskan 'keributan' di media sosial dalam bulan ini apabila dia bercakap tentang hubungan mesra Nabi Muhammad SAW dengan kaum Yahudi bagi memperjuangkan toleransi agama.

Khutbah yang disampaikan oleh Imam Masjidilharam Makkah itu, Abdulrahman al-Sudais sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana pandangannya yang anti-Semitik.

Bahrain bertindak menjalin hubungan diplomatik yang rasmi dengan Israel baru-baru ini. - Foto AFP
Bahrain bertindak menjalin hubungan diplomatik yang rasmi dengan Israel baru-baru ini. - Foto AFP

Seorang ulama yang mengetuai Liga Dunia Muslim, Mohammed al-Issa telah menerima pujian daripada Israel pada Januari lalu selepas dia pergi ke Poland untuk menghadiri majlis bagi memperingati ulang tahun pembebasan ke-75 kem Auschwitz yang sebelum ini merupakan tempat tahanan maut kaum Yahudi.

Pada awal tahun ini, negara beraja itu mengumumkan tayangan sebuah filem bertemakan Halocaust atau pembunuhan beramai-ramai kaum tersebut buat pertama kalinya dalam satu festival filem.

Bagaimanapun, tayangan itu dibatalkan ekoran pandemik koronavirus.

Negara beraja itu juga menjadi tuan rumah terhadap tokoh-tokoh Yahudi termasuk pada Februari lalu apabila pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menerima kunjungan seorang rabi yang berpangkalan di Baitulmuqaddis, David Rosen buat pertama kali dalam sejarah.

"Apabila menyentuh tentang mewujudkan hubungan antara Arab Saudi dengan Israel, persoalannya adalah 'bila' dan bukannya 'jika'," kata seorang rabi Amerika yang mempunyai hubungan rapat dengan para pemerintah negara-negara Teluk, Marc Schneier.

"Sebahagian daripada proses itu ialah semua negara Teluk sedang menuju jalan menormalisasikan (hubungan) adalah yang pertamanya mendesak satu hubungan mesra antara penduduk Muslim dengan orang Yahudi dan kemudian bergerak lebih berani dengan membincangkan isu Israel dan negara-negara Teluk," ujarnya.

Arab News, iaitu akhbar utama berbahasa Inggeris di negara tersebut mencetuskan 'keributan' dalam media sosial pada hujung minggu lalu apabila ia mengubah 'banner' di Twitter dan Facebook dengan menggunakan ucapan Selamat Tahun Baru Yahudi dalam bahasa Hebrew iaitu Rosh Hashanah.

Akhbar itu baru-baru ini menerbitkan satu siri berita mengenai kaum Yahudi Lubnan dan merancang melakukan perkara yang sama secara beransur-ansur ke atas komuniti tersebut yang tinggal di Arab Saudi.

Editor akhbar itu, Faisal Abbas memberitahu AFP bahawa liputan terhadap kaum tersebut 'tidak terikat kepada Israel' tetapi ia menghubungkan 'Arab Israel di seluruh dunia'.

Liputan itu menandakan satu 'pelepasan' kawalan ketat media di negara pemerintahan mutlak raja di negara tersebut.

Media-media Arab Saudi sebelum ini menggelarkan negara Yahudi itu sebagai Zionis tetapi memuji perjanjian damai yang dimeterai dengan UAE dan Bahrain.

Spekulasi tentang hubungan diam-diam yang mesra dengan Israel itu turut mendapat perhatian dalam dua buah drama televisyen yang disiarkan di negara tersebut yang dikawal oleh rangkaian Pusat Penyiaran Asia Barat (MBC) semasa bulan Ramadan tahun ini.

Dalam satu adegan menerusi salah satu drama tersebut iaitu Exit 7, seorang karakter Arab Saudi mengetepikan larangan tradisi dengan melakukan perniagaan dengan Israel dan berkata, Palestin ialah musuh sebenar kerana mengaibkan negara beraja itu pada waktu siang dan malam walapum diberikan bantuan sejak berdekad-dekad lamanya.

Ramai penduduk Arab Saudi tidak bersetuju tentang cadangan menormalkan hubungan dengan negara Yahudi. - Foto AFP
Ramai penduduk Arab Saudi tidak bersetuju tentang cadangan menormalkan hubungan dengan negara Yahudi. - Foto AFP

Langkah sedemikian menunjukkan negara beraja itu tidak menentang hubungan yang dinormalkan dengan negara Yahudi itu selepas memberikan sokongan kepada penduduk

Palestin secara politik dan bantuan kewangan selama berdekad-dekad lamanya, kata para pemerhati.

Namun, Israel yang menormalkan hubungan dengan beberapa buah negara Arab yang tidak dipilih oleh rakyat bukannya sama seperti negara Yahudi itu melakukan perdamaian dengan penduduk Arab, kata Ketua Eksekutif firma Analitik Negara-Negara Teluk, Giorgio Cafiero.

Data daripada tinjauan pendapat yang jarang dilakukan di Arab Saudi pada bulan lalu yang dilakukan oleh Institut Dasar Asia Barat menyatakan ramai rakyat Arab Saudi tidak menyetujui cadangan itu.

Walaupun media negara itu telah mendekati penduduk Israel dan Yahudi, sebanyak sembilan peratus rakyat Arab Saudi bersetuju bahawa pihak yang terlibat dalam bidang perniagaan atau sukan dengan Israel perlu dibenarkan untuk melakukannya (menjalin hubungan), menurut Institut David Pollock.

"Apakah keamanan? Aman selepas semua perkara dilakukan (Israel), membunuh dan perang?, kata seorang rakyat Arab Saudi yang dikenali sebagai Bader kepada AFP.

"Adalah sukar untuk ini (keamanan) berlaku (antara Israel dengan Arab Saudi). Saya tidak menyokongnya," ujarnya. - AFP