Rakan penyandang ajak penyokong sokong calon Bebas

Lokman (kanan) bersama Mohd Fadzlee pada program ceramah PDM Tenambak semalam.
Lokman (kanan) bersama Mohd Fadzlee pada program ceramah PDM Tenambak semalam.
A
A
A

KUALA PENYU - Bekas Naib Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Beaufort, Lokman Sunggim mahu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu ‘beralih angin’ dengan memberi peluang kepada calon Bebas menjadi wakil rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

Lokman berkata, calon Bebas yang diwakili Mohd Fadzlee Lee Abdullah@Chun Lee diyakini mampu mencipta sejarah berdasarkan sokongan luar jangkaan rakyat kepada beliau selain kemampuannya memimpin masyarakat setempat di kawasan itu.

“Beliau (Mohd Fadzlee) mempunyai peluang baik merampas kerusi ini daripada penyandang, kita semua tahu bagaimana beliau melayani semua rakyat dan membantu masyarakat setempat tanpa mengira agam ketika beliau menjadi penjawat awam di Kuala Penyu satu ketika dahulu.

“Selain itu, seperti mana kita tahu sebelum ini beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Beaufort namun pengorbanan beliau untuk bertanding sebagai calon Bebas demi rakyat dilihat sebagai satu pengorbanan besar dan ini amat perlu sokongan rakyat,” katanya pada Program Ceramah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tenambak di sini semalam.

Mohd Fadzlee bakal dicabar oleh penyandang kerusi berkenaan Datuk Limus Jury yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan empat calon lain.

Sementara itu, Lokman yang juga pernah ‘bekerja’ bersama Limus ketika menyertai UPKO yakin dengan semangat baharu pengundi yang inginkan perubahan mampu mengubah landskap politik di kawasan berkenaan.

“Kesungguhan beliau sepanjang kempen serta pengalaman dimiliki sebelum ini akan menjadi pakej terbaik untuk beliau menjadi wakil rakyat yang mampu memberi khidmat berkesan kepada rakyat.

“Ini bukanlah satu perkara yang mustahil kerana gelombang rakyat akan menentukan kemenangan seseorang calon disenangi rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan: