X

Kindly register in order to view this article
!

Parti tempatan pilihan tepat terajui Sabah

Atas: Awasi Tan Sri Ganie, (Bawah: Dayangku Ayesha Humairah AK Othman Shah)
A
A

SHAH ALAM - Parti Cinta Sabah (PCS) akan selari dengan kerajaan Persekutuan dalam perkara tertentu jika memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Calon PCS Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Dayangku Ayesha Humairah AK Othman Shah berkata, PCS yang sepenuhnya parti tempatan perlu diberikan peluang untuk menerajui dan menentukan hala tuju negeri tersebut.

Menurutnya, hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan bagi memperjuangkan isu tempatan yang sehingga kini belum selesai seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), infrastruktur jalan raya, jalur lebar dan air bersih.

"PCS ingin mewujudkan minyak dan gas kerana Sabah kaya dengan sumber bumi di laut dan darat serta perkara-perkara lain contohnya di kawasan saya yang strategik untuk pelancongan di pesisiran pantai tetapi tidak diberi perhatian sepenuhnya.

"Kami ingin menghentikan masalah lompat-melompat supaya Sabah lebih stabil," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-195 bertajuk #Pesta Demokrasi: Siapa Pilihan Sabah? di sini malam tadi.

Sementara itu, calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Dun Karanaan, Awasi Tan Sri Ganie, gabungan Warisan Plus adalah pilihan yang paling tepat untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Kempen PRN Sabah semakin sengit melibatkan seramai 447 calon bertanding di 73 DUN. - Foto Bernama
Kempen PRN Sabah semakin sengit melibatkan seramai 447 calon bertanding di 73 DUN. - Foto Bernama

Ini kerana menurutnya, gabungan yang terdiri daripada beberapa parti politik itu didominasi oleh Warisan selaku parti tempatan.

Katanya, situasi tersebut tidak seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) didominasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertapak di Kuala Lumpur.

"Ini masalah yang akan timbul (parti dominan bukan tempatan). Kita tidak mahu di Sabah dijangkiti penyakit perkauman dan agama seperti di Semenanjung.

"Kita di Sabah hidup aman damai dengan cukup bertoleransi, walaupun berlainan kaum tapi boleh duduk minum satu meja di kedai kaum lain dengan masing-masing bercakap menggunakan bahasa Sabah.

"Yang lebih tepat membentuk kerajaan adalah Warisan Plus kerana persefahaman bukan seperti BN dan PN yang bertembung sesama sendiri dalam PRN ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!