Muhyiddin teruskan kerja seperti biasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) melihat buku "The Covid-19 Chronicles of Malaysia" selepas melancarkan buku itu di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) melihat buku "The Covid-19 Chronicles of Malaysia" selepas melancarkan buku itu di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perdana Putra hari ini berlangsung seperti kebiasaan pada hari Rabu, walaupun kini timbul dakwaan yang mengatakan kerajaan pimpinannya telah jatuh.

Ia susulan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di ibu kota hari ini yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah ‘jatuh’, dan beliau (Anwar) memiliki majoriti yang kukuh serta meyakinkan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

Sejurus selepas tamat mesyuarat kabinet, Muhyiddin seperti biasa terus ke pejabatnya, dan hari ini beliau melancarkan buku The Covid-19 Chronicles of Malaysia (Second Edition).

Pada jam 2.30 petang, Muhyiddin kemudiannya menyampaikan ucapan khas 'Kita Prihatin' yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara untuk mengumumkan pelbagai inisiatif baharu yang dibawa kerajaan di bawah program Prihatin.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dalam catatan tweet bagi meredakan kebimbangan berhubung dakwaan itu berkata tiada apa yang berubah hari ini dan tiada yang ‘jatuh’.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh," kata Khairy.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pula semasa ditanya sama ada mesyuarat menyentuh perkara mengenai dakwaan Anwar itu sekadar berkata, “ada, ada", namun beliau enggan mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan:

Anwar turut mendakwa beliau sedang menunggu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan perkembangan itu.- Bernama