42 ahli Parlimen DAP beri sokongan kepada Anwar Ibrahim

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesahkan ahli-ahli Parlimen parti itu akan memberikan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

"Seramai 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilangan," katanya dalam satu kenyataan ringkas di dalam laman Twitter beliau hari ini.

Hari ini, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau kini mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Malah, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa majoriti yang diperoleh adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

"Jumlahnya (sokongan) kukuh dan meyakinkan, jauh daripada majoriti kecil. Bukan empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti.

"Sokongan itu juga terdiri daripada pelbagai parti,” katanya ketika sidang akhbar di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.

Artikel Berkaitan: