Muhyiddin seru rakyat tolak tindakan jejas kestabilan politik

Muhyiddin Yassin -Foto Bernama
Muhyiddin Yassin -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat supaya menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan pada masa ini.

Jelas beliau, negara pada ketika ini memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan dan dokongan daripada rakyat supaya lebih banyak inisiatif untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat jelata dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan.

"Saya merayu saudara dan saudari sekalian supaya menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini," katanya menerusi Pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat untuk bersama-sama dengan beliau dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengemudi negara dalam keadaan masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.

"Pengumuman yang saya buat pada hari ini menandakan Kerajaan PN mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian. Kita cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat menghadapi detik yang sukar ini," katanya.

Hari ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau kini mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa majoriti yang diperoleh adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Artikel Berkaitan: