Quinton Group bantu industri PKS

Pengarah Urusan Quinton, Datuk Dr. Kenny Tan (enam dari kanan),Alvin Ooi (enam dari kiri) serta wakil dan rakan penganjur pada pelancaran 'Malaysia Virtual Travel Expo 2020'.
Pengarah Urusan Quinton, Datuk Dr. Kenny Tan (enam dari kanan),Alvin Ooi (enam dari kiri) serta wakil dan rakan penganjur pada pelancaran 'Malaysia Virtual Travel Expo 2020'.
A
A
A

Pandemik Covid-19 telah memberi impak besar kepada ekonomi khususnya industri pelancongan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

Bagi memulihkan ekonomi, semua pihak wajar saling menyokong sama ada kerajaan yang memerintah, parti politik, sektor swasta termasuk pemain industri pelancongan.

Quinton Group Sdn Bhd turut menyatakan komitmen padu dalam usaha membantu dan memulihkan ekonomi semasa krisis pandemik melalui perkongsian perkhidmatan dan sumber pelancongan mereka.

Quinton Group dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia pada Ogos lalu, berganding bahu melancarkan dua program iaitu ‘Malaysia Virtual O2O Expo’ pada 8-9 Ogos dan ‘Malaysia Virtual Travel Expo’ (22-23 Ogos).

Program itu mengumpulkan pemain Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pelbagai bidang bagi merebut peluang perniagaan di platform digital sekali gus memandu mereka ke arah perkembangan perniagaan era baru.

Alvin Ooi (depan, kiri) berbincang mengenai perkembangan E-Pelancongan di Malaysia dalam salah satu rancangan Astro Awani.
Alvin Ooi (depan, kiri) berbincang mengenai perkembangan E-Pelancongan di Malaysia dalam salah satu rancangan Astro Awani.

Quinton Group memberi perkhidmatan dengan mewujudkan ekosistem e-dagang dan perniagaan yang mampu memberi lebih nilai kepada peniaga serta pengguna.

Artikel Berkaitan:

Program inisiatif Tourism Malaysia dan Quinton Group itu disertai anak syarikat mereka Quick Sent, QuinPavilion dan Quinpay bersama Majlis Pelancongan Malaysia, Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA), Persatuan Pembangunan Perusahaan Dalam Talian (Persatuan E-Keusahawan Maju) serta 30 rakan media termasuk Santai Travel.

Quinton Group yakin strategi karnival, membeli-belah dan pameran pelancongan secara dalam talian dapat menarik lebih banyak pelanggan sekali gus pelancongan domestik dan ekonomi dapat dipulihkan dengan cepat.

Program ‘Malaysia Virtual O2O Expo’ mendapat sambutan luar biasa. Program yang menarik seramai 65,000 pengunjung dalam talian itu memberi pengalaman baharu kepada orang ramai mengenai pameran perdagangan.

Rakaman ‘Malaysia Virtual Travel Expo 2020’ yang menerangkan dan membawa penonton dalam talian ke pameran dengan cara yang menarik dan inovatif.
Rakaman ‘Malaysia Virtual Travel Expo 2020’ yang menerangkan dan membawa penonton dalam talian ke pameran dengan cara yang menarik dan inovatif.

Pameran itu berjaya menarik 120 peserta dengan memberi penekanan terhadap penyenaraian perniagaan, sokongan transaksi dan perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Quinton Group, Datuk Alvin Ooi berkata, pandemik mengubah kebiasaan manusia untuk menerima hakikat bahawa semua urusan kini berada di hujung jari.

Katanya, pengusaha industri juga perlu menerima perubahan untuk membentuk kembali model perniagaan mereka melalui digital bagi meningkatkan operasi dan berurusan dengan pelanggan.

Rakaman program bersempena dengan 'Malaysia Virtual O2O Expo'.
Rakaman program bersempena dengan 'Malaysia Virtual O2O Expo'.

Beliau menyifatkan ‘Malaysia Virtual O2O Expo’ adalah usaha terbaik untuk golongan IKS memasarkan produk dan jenama mereka secara dalam talian dan dan luar talian.

“Kerjasama dengan Persatuan E-Keusahawan Maju akan diteruskan dengan menggabungkan elemen popular iaitu pembelian dalam talian, siaran langsung dan penyediaan teknologi maya supaya peniaga dapat memaparkan produk mereka," katanya.

Sementara itu katanya, ‘Malaysia Virtual Travel Expo’ iaitu program yang mempromosikan pelancongan domestik, telah berjaya menarik lebih daripada 20,000 penonton.

"Ia hasil yang sangat memberangsangkan dan diterima baik oleh penonton kami," katanya.

“Tahniah, syabas Quinton Group”

Datuk Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

“Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Quinton Group Sdn Bhd di atas sambutan Hari Ulang Tahun Ke-2 mereka. Syabas usahawan muda berbakat besar iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr Kenny Tan selaku Pengarah Urusan Kumpulan Quinton yang telah membuktikan bahawa usia perniagaan yang muda bukan ukuran sebenar bagi mencapai dan meraih kejayaan besar.

Seperti yang dimaklumi, Quinton Group merupakan syarikat tempatan bersama komuniti yang terdiri daripada pengguna, peniaga dan rakan industri diyakini akan membantu proses mempercepatkan pemulihan ekonomi melalui ekosistem digital. Di bawah naungan kumpulan Quinton Group ini terdiri pecahan aktiviti perniagaan mereka iaitu Quinpay, Quick Sent, QuinPavilion, Q Hotel, Comepulse dan CityGen.

Hakikatnya, Malaysia yang termasuk sebagai negara pasca globalisasi dan pasca modenisasi turut memperlihatkan perkembangan pesat penggunaan media sosial yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan terutama dengan adanya teknologi maklumat serta aplikasi dan gajet berteraskan internet.

Media sosial bukan sahaja berfungsi sebagai wahana mempercepatkan penyebaran maklumat, malah menjadi medium kepada ahli perniagaan memperagakan barangan jualan mereka yang dikenali sebagai e-dagang. Melalui e-dagang peniaga dan pengguna melakukan urusan jual beli secara mudah kerana dengan dunia tanpa sempadan kini, semua maklumat di hujung jari.

Malaysia berada di posisi yang amat baik untuk merebut peluang ekonomi yang dijana dengan berpaksikan kepada platform digital. Sebagai contoh, aktiviti jual beli dalam talian mencatatkan peningkatan sebanyak 28.9 peratus April lalu, ketika negara menguatkuasakan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020. Justeru itu, saya yakin dan percaya bahawa transformasi digital akan terus bergerak pantas dan mendominasi pasaran perniagaan dunia.

Visi dan usaha giat yang dilaksanakan Quinton Group yang memfokuskan kepada platform perniagaan dalam talian sebagai salah satu aktiviti perniagaan utama mereka, merupakan satu tindakan bijak yang diambil oleh penerajunya iaitu Datuk Kenny Tan. Beliau berjaya menghidu peluang bagi meraih kesempatan perniagaan yang hebat demi menjamin survival dan kelangsungan perniagaan mereka.

Ini terbukti melalui tempoh masa operasi yang singkat iaitu selama 27 bulan sahaja, Quinton Group mengagumkan para pesaingnya serta entiti penyedia perkhidmatan internet yang serupa dengan mencapai hasil memberangsangkan iaitu seramai 1000,000 pengguna dan 9,000 peniaga di seluruh negara. Syabas!

Tahun 2020 telah mengubah cara atau norma kehidupan masyarakat, tatacara bekerja dan pelaksanaan transaksi dalam talian. Sekarang ini, jenama dan penjual di seluruh rantau ini telah meningkatkan usaha digitalisasi mereka.

E-dagang telah memainkan peranan besar dalam kehidupan orang ramai dan semakin banyak pengguna beralih ke dalam talian untuk dapatkan keperluan harian mereka. Usaha dan inisiatif ini sejajar dengan dasar kementerian/kerajaan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Akhir kalam, saya berharap agar pihak Quinton Gropu akan terus mencapai tahap kemajuan dan prestasi terbaik dalam membantu kementerian dan kerajaan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat tempatan.

Saya juga membayangkan bahawa melalui platform Quinton Group ini, perniagaan dalam talian di negara ini bukan sahaja mampu melancarkan transaksi urus niaga untuk pelanggan malah kepada peniaga sendiri. Dengan bantuan dan pemantauan kerajaan, perniagaan dalam talian dapat melahirkan lebih ramai jutawan dan memudahkan urusan harian rakyat di seluruh negara.

Semoga pencapaian anugerah Top Asia Pacific Excellence Brand yang diterima terdahulu terus dikekalkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Saya mendoakan agar keluarga Quinton Group terus kekal berjaya dalam memperkasakan dan memartabatkan nama baik Malaysia ke persada antarabangsa.

Fakta tentang QuinPavilion:

* Pusat membeli-belah dalam talian di Malaysia yang selesa, selamat dan bernilai tinggi.

* Mengutamakan produk PKS

* Menawarkan kos terendah untuk peniaga memulakan perniagaan.

* Mempromosikan perniagaan melalui strategi digital untuk tingkatkan jumlah pembeli.

* Berkongsi sumber, inovasi dan komitmen dengan pengguna.

Mengenali Quinton Group:

Ditubuhkan pada tahun 2018 dan berpengkalan di Pulau Pinang. Menyediakan 6 perkhidmatan iaitu:

  • Quinpay (E-Rewarding App)
  • Quick Sent (Food, Grocery & Parcel Delivery Service)
  • QuinPavilion (Online Mall)
  • Q Hotel (Budget & Boutique Hotels)
  • Comepulse (Medical Service App)
  • CityGen (Life Service Super App).
Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.quintongroup.asia atau hubungi admin@quintongroup.asia.