Solat hajat doakan kesejahteraan Agong

JAWI menerusi satu kenyataan menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat selepas waktu Maghrib hari ini, khusus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disarankan untuk melaksanakan solat hajat selepas waktu Maghrib hari ini, khusus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, seperti diketahui ramai, baginda sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Marilah kita semua berdoa agar ALLAH SWT mengurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta baginda sentiasa berada di bawah riayah dan perlindungan Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN bagi menjalani rawatan sejak dua hari lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

"Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan," katanya.

Artikel Berkaitan: