X

Kindly register in order to view this article
!

Tok Mat diarah jalani kuarantin

MOHAMAD HASAN
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan diminta menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas mempunyai kontak rapat dengan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii yang disyaki positif Covid-19.

Menurutnya, beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya negatif.

"Dah diarahkan supaya kuarantin di rumah selama 14 hari oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selepas ada kontak rapat dengan Datuk Razlan pada 13 September lalu di Sipitang.

"Alhamdulillah, ujian pertama swab hidung (nasal swab) negatif. Ujian kedua pada Jumaat ini.

"Walaupun negatif, KKM tetap arahkan saya supaya jalani kuarantin di rumah," katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad meminta maaf kepada rakan sekutu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana tidak dapat meneruskan kempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Semoga kita beroleh kejayaan pada 26 September nanti. Insya-ALLAH," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Pemimpin UMNO positif Covid-19 selepas berkempen di Sabah


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!