X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar bakal buka lembaran baharu: Farhash

Farhash Wafa
A
A

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menyifatkan pengumuman dibuat Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai membuka lembaran baharu kepada negara ini.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, kerajaan baharu tersebut merupakan gabungan entiti politik dalam pentadbiran negara.

Beliau berkata, gabungan tersebut akan membawa reformasi di dalam negara seperti yang termaktub di dalam Deklarasi Permatang Pauh 1998.

"Kelantangan suara reformasi dalam kalangan rakyat Malaysia tidak pernah hilang selama 22 tahun kita berjuang. Pada hari ini Presiden kita Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membuka lembaran baharu atau A New Dawn buat Malaysia.

"Jika sebelum ini kebangkitan rakyat terhadap penyalahgunaan institusi kerajaan telah menghasilkan kerajaan Pakatan Harapan, hari ini telah terbukti bahawa satu persaudaraan baharu yang mampu menjanjikan kestabilan agar masa depan rakyat terjamin," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook miliknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Farhash Wafa Salvador yang juga Setiausaha Politik Anwar berkata, kerajaan baharu yang bakal wujud itu membuktikan bahawa pengkhianatan dilakukan sebelum ini sesuatu yang tidak dapat diterima.

Terdahulu, Anwar mendakwa sudah mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar tergempar di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur yang turut dihadiri pemimpin kanan parti itu antaranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Saifuddin Nasution.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!