Public Bank komited perangi jenayah kewangan

No Image Caption
A
A
A

PUBLIC Bank Bhd komited dalam usaha untuk memerangi jenayah kewangan dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengekalkan integriti sistem kewangan.

Public Bank dalam satu kenyataan berkata, bank itu memandang serius mengenai perlunya untuk memerangi jenayah kewangan dan mematuhi semua keperluan undang-undang, pengawal seliaan serta peraturan yang diterima pakai bagi melindungi daripada ancaman terhadap pelanggan dan sistem perbankannya.

"Kami sentiasa menerima pakai pendekatan sifar toleransi terhadap pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Memantau dan melaporkan urus niaga yang mencurigakan adalah sebahagian daripada kewajipan di bawah rangka kerja AML/CFT," katanya.

Menurut kenyataan itu, Public Bank tertakluk pada pengaturan ketat dalam melindungi kerahsiaan dan keselamatan mengenai pelaporan urus niaga yang mencurigakan dalam lingkungan persekitaran sistem Teknologi Maklumat (IT) dan kawalan maklumat yang terjamin.

"Kami mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi membolehkan sistem kami untuk mengesan dan melaporkan urus niaga yang mencurigakan kepada pihak berkuasa dan memperuntukkan sumber ke arah memperkukuh dan mengekalkan kawalan dalaman kami untuk tujuan yang sama," katanya.

Public Bank mengulas laporan media mengenai kebocoran Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan Amerika Syarikat (FinCEN) yang melibatkan beberapa buah bank dan turut mengaitkan nama Public Bank.

Artikel Berkaitan: