Identiti mayat dalam beg dikenal pasti

Identiti mayat yang ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar pada Khamis lepas di Pulau Sebang di sini, dikenal pasti sebagai seorang lelaki berumur 31 tahun menerusi Sistem Identifikasi Cap Jari Biometrik (BIOFIS).
Identiti mayat yang ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar pada Khamis lepas di Pulau Sebang di sini, dikenal pasti sebagai seorang lelaki berumur 31 tahun menerusi Sistem Identifikasi Cap Jari Biometrik (BIOFIS).
A
A
A

ALOR GAJAH - Identiti mayat yang ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar pada Khamis lepas di Pulau Sebang di sini, dikenal pasti sebagai seorang lelaki berumur 31 tahun menerusi Sistem Identifikasi Cap Jari Biometrik (BIOFIS).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, identiti mangsa, Shia Chun Chai yang beralamat di Gelang Patah, Johor dan merupakan pekerja pendawaian itu telah disahkan oleh seorang ahli keluarganya dalam sesi pengecaman sebelum ini.

Beliau berkata, susulan itu, berdasarkan maklumat diterima, isteri mangsa yang berumur 26 tahun ditahan bersama tiga lagi individu lelaki berusia antara 31 dan 38 tahun di sekitar Johor pada Ahad lepas bagi membantu siasatan lanjut termasuk motif mangsa dibunuh.

ARTIKEL BERKAITAN Mayat dalam beg: Empat individu ditahan

"Suspek lelaki berumur 31 tahun dan bekerja sebagai pembaiki penyaman udara, merupakan pemilik kereta terbakar dalam kejadian terbabit, manakala seorang lagi suspek berumur 31 tahun bekerja sebagai mekanik, suspek berumur 38 tahun merupakan tukang cat dan isteri mangsa adalah suri rumah.

“Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula Isnin lepas sehingga 27 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, Mohd Nor Yhazid dilaporkan berkata, satu mayat ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar di hadapan sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian Ringan di Kuala Ina, Pulau Sebang pada jam 7.25 pagi.

Beliau dilaporkan berkata, mayat tanpa identiti itu ditemukan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari balai Tampin, Negeri Sembilan di bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta tersebut, selepas berjaya memadam kebakaran kereta itu.- Bernama

Artikel Berkaitan: