uBC inisiatif bantu pulihkan sektor PKS

Azmi (dua dari kanan) bercakap kepada pemberita ketika sesi Coffee & Connect yang turut dihadiri Shu Wei di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
Azmi (dua dari kanan) bercakap kepada pemberita ketika sesi Coffee & Connect yang turut dihadiri Shu Wei di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menyedari bahawa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan sektor terjejas teruk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, unifi menyusun semula penawaran syarikat menerusi unifi Business Club (uBC) yang menawarkan penjimatan kos, peningkatan perolehan dan menjadikan perniagaan lebih mapan.

Ketua Segmen PKS unifi, Azmi Abdullah berkata, sepanjang tempoh PKP, pihaknya mengumpulkan maklum balas daripada pelanggan PKS unifi bagi mengenal pasti cabaran utama yang sedang dihadapi mereka.

Menurutnya, sebagai maklum balas, unifi memberikan akses kepada pelbagai kemudahan dan penyelesaian sokongan perniagaan melalui uBC untuk membantu pelanggan mencapai potensi perniagaan yang sepenuhnya.

"PKS yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka akan ditawarkan kemudahan iklan percuma melalui unifi TV serta platform penyenaraian perniagaan percuma yang dipanggil cari@unifi tidak lama lagi.

"Kedua-dua inisiatif ini direka untuk membolehkan PKS meluaskan capaian pelanggan secara dalam talian," katanya kepada pemberita ketika sesi Coffee & Connect di sini semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi unifi, Lai Shu Wei.

Beliau berkata, unifi turut menjalankan siri webinar dan ceramah percuma bertujuan mendidik pemilik perniagaan tentang pelbagai topik termasuk pemasaran digital, penjenamaan dan pengurusan sumber yang dipimpin oleh para pakar industri.

Katanya, ahli-ahli uBC juga layak menerima Sokongan Premium oleh unifi Riders untuk meminimumkan masalah pemberhentian disebabkan oleh isu-isu kesalinghubungan.

Artikel Berkaitan:

“Selain inisiatif ini, kami turut menyediakan akses kepada ahli-ahli uBC untuk membolehkan mereka mendapat sokongan penting bagi menerokai peluang perkongsian strategik dengan pembekal penyelesaian yang terbaik dalam setiap kategori.

"Sebagai contoh, bagi PKS yang memerlukan bantuan kewangan, mereka boleh mendapatkan nasihat daripada rakan perbankan kami, SME Bank dan RHB Bank. Alat pemasaran digital pula disediakan melalui perkongsian kami dengan syarikat-syarikat yang tersenarai bawah Geran Pendigitalan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), seperti Enginemailer, perisian pemasaran e-mel,” katanya.

Dalam pada itu katanya, baru-baru ini unifi mengumumkan perkongsian untuk menyediakan lebih banyak penyelesaian bagi ahli-ahli uBC termasuk dengan perkhidmatan logistik mengikut permintaan, Lalamove; platform pengurusan sumber manusia, Swingvy dan perisian titik jualan berasaskan awan, KryptoPOS.

Azmi berkata, lebih banyak perkongsian strategik sedang diterokai dan akan diumumkan oleh unifi tidak lama lagi.

Katanya, selaras dengan usaha unifi untuk menyatukan produk dan perkhidmatannya, ahli uBC juga boleh menggabungkan Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) unifi dengan pelan kesalinghubungan mereka pada kadar diskaun.

Tambahnya, antara VAS itu termasuklah pelan mudah alih dan suara, sistem CCTV (televisyen litar tertutup) dan platform Penyelesaian Pemasaran Digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai uBC, sila layari unifi uBC.