Tempoh pengosongan PKM DUN Gombak Setia dilanjut

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan PKM Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Jalan Berjaya di sini diarah perlu dikosongkan sebelum Ahad lalu.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan PKM Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Jalan Berjaya di sini diarah perlu dikosongkan sebelum Ahad lalu.
A
A
A

GOMBAK - Tempoh pengosongan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Taman Berjaya yang sepatutnya berakhir Ahad lalu dilanjutkan sehingga 30 September ini.

Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, lanjutan itu bagi memberikan masa mencukupi kepada pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham melakukan kerja pengosongan dan pembersihan.

"Tindakan sitaan akan diteruskan selepas tempoh lanjutan itu tamat tanpa sebarang notis atau pemakluman kepada pihak PKM DUN Gombak Setia," memetik kenyataan itu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan MPS mengeluarkan notis pengosongan tiga hari bermula 18 September dan sitaan ke atas pejabat Muhammad Hilman yang sebelum ini merupakan dewan masyarakat.

Arahan itu selepas wakil rakyat itu tidak lagi mewakili ADUN Pakatan Harapan di Selangor selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali.

Menurut kenyataan itu, tindakan yang dilakukan selaras dengan peruntukan sedia ada dan mematuhi arahan dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Adalah menjadi tanggungjawab MPS untuk memastikan semua aset di bawahnya diuruskan dengan baik.

“MPS berharap dengan penjelasan ini tidak menimbulkan sebarang kekeliruan berkaitan Dewan Masyarakat Taman Berjaya Gombak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKM Gombak Setia perlu dikosongkan dalam tempoh tiga hari

Pejabat Azmin Hilman disita


Artikel Berkaitan: