Moyes, dua pemain West Ham positif Covid-19

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham United mengesahkan pengendali The Hammers, David Moyes dan dua pemain kelab itu positif pandemik Covid-19.
KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham United mengesahkan pengendali The Hammers, David Moyes dan dua pemain kelab itu positif pandemik Covid-19.
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham United mengesahkan pengendali The Hammers, David Moyes dan dua pemain kelab itu positif pandemik Covid-19.

Menurut kelab, Moyes, pemain pertahanan, Issa Diop dan pemain tengah, Josh Cullen didapati positif selepas menjalani ujian Covid-19 sebelum aksi Piala Liga menentang Hull City.

"Pengurus dan kedua pemain segera meninggalkan stadium dan telah pulang bagi menjalani proses kuarantin yang ditetapkan pihak berwajib

"Ketiga-tiga mereka itu juga sebelum ini tidak menunjukkan sebarang gejala pandemik berkenaan," kata kelab itu.

Penolong pengurus, Alan Irvine diberikan tanggungjawab mengendalikan perlawanan menentang The Tigers berkenaan.

Pada aksi di Stadium London berkenaan, The Hammers mara ke pusingan seterusnya selepas dua gol masing-masing daripada Sebastien Haller dan Andriy Yarmolenko dan Robert Snodgrass menjinakkan anak buah Grant McCann 5-1.

Sementara itu, Irvine berkata, pada jam 6.20 petang pihaknya dimaklumkan oleh doktor dan ketua fisio bahawa tiga kakitangan kelab positif Covid-19 iaitu pengendali dan dua pemain.

"Kami berada di stadium selama dua jam sebelum perlawanan bermula terkejut dengan berita ini. Kami telah menjalani begitu banyak ujian, namun tidak ada yang positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Apapun kami sangat prihatin mengenai protokol sejak awal dan pasukan perubatan mengetahui apa yang telah berlaku dan kami juga mengikuti semua protokol, dan akan kekal mengikuti protokol sekarang," katanya.