Samun barang kemas RM3 juta: Lapan individu disiasat

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes samun barang kemas bernilai RM3 juta dan wang tunai RM67,000 di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, pihaknya turut merakam keterangan seorang pemandu e-hailing yang merakam kejadian itu, sebelum menyebarkannya di media sosial.

"Kesemua individu itu telah dirakam keterangan pada jam 3.35 petang tadi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zairulnizam berkata, hasil siasatan lanjut juga mendapati dua buah kereta yang digunakan suspek adalah kereta klon atau palsu.

"Pengesahan telah dibuat dengan pemilik asal kenderaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual syarikat edar emas disamun

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, semalam, mangsa yang bertugas sebagai jurujual sebuah syarikat pengedar emas bersama rakannya dalam perjalanan dari Jalan Kuchai Lama ke Sungai Besi melalui Lebuhraya Besaraya.

Dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna hitam telah menahan kenderaan mangsa di bahagian depan dan belakang menyebabkan kenderaan itu terhenti.

Tiga orang suspek bersenjatakan parang kemudiannya telah memecahkan cermin kiri dan kanan kenderaan mangsa sebelum kedua-dua mereka ditarik keluar.

Artikel Berkaitan:

Suspek bertindak melarikan emas dan wang tunai yang ada dalam kenderaan tersebut dan melarikan diri.

Polis berjaya menemui kenderaan milik mangsa dalam keadaan terbakar di kawasan Petaling Jaya. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan.