Detik cemas tiga beranak terperangkap dalam banjir kilat

Anggota bomba menolak sebuah kereta yang terperangkap dalam banji kilat ke kawasan selamat di Econsave Kluang, Jalan Mersing, Kluang, hari ini.
Anggota bomba menolak sebuah kereta yang terperangkap dalam banji kilat ke kawasan selamat di Econsave Kluang, Jalan Mersing, Kluang, hari ini.
A
A
A

KLUANG - Tiga beranak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir kilat di Econsave Kluang, Jalan Mersing di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.17 petang, seorang wanita, 47, dan dua anaknya berusia 10 dan 11 tahun terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai semasa mahu pulang ke rumah.

Difahamkan wanita itu yang memandu kereta Proton Saga itu terperangkap di tengah banjir kilat pada ketinggian kira-kira setengah meter.

Wanita berkenaan tidak berani mengharungi banjir kilat tersebut kerana bimbang keretanya akan dimasuki air selain tidak tahu paras sebenar ketinggian air sekiranya terus meredah kawasan banjir berkenaan.

Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasi dari BBP Renggam, Penguasa Bomba Kanan II Norhisam Ihwan berkata, tiga beranak itu berada dalam kereta kira-kira setengah jam sebelum pihak bomba tiba.

"Pihak bomba menolak kereta tersebut hingga ke kawasan yang tidak dinaiki air. Ketiga-tiga mereka selamat dan operasi tamat pada jam 7.05 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: