Hukum pembuli siber

No Image Caption
A
A
A

AWANG ucapkan syabas pada Menteri Komunikasi dan Multimedia yang beri perhatian serius pada isu buli siber. Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementeriannya sedia kaji perlunya undang-undang antibuli siber di negara ini.

Bukanlah Awang setuju sangat kerajaan nak gubal undang-undang baharu setiap kali timbul masalah. Awang tak mahu akta baharu dibawa ke Parlimen sesuka hati. Lagipun cukup-cukuplah kawalan terhadap netizen oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kita tak mahu SKMM jadi ‘badan skodeng kebangsaan’.

Tapi isu buli siber ini dah sampai tahap melampau. Apa yang berlaku pada Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek sangat memeranjatkan. Ia membabitkan perkataan kesat, penghinaan dan body shaming ke atasnya.

Begitu mudah nampaknya mana-mana individu menggunakan media sosial untuk tujuan itu. Mereka buat media sosial macam pekan koboi. Tak ada peraturan. Nak hina orang, nak malukan orang, nak ugut orang, semua boleh buat. Mereka tak fikir kesannya pada orang yang terkena atau yang dimalukan.Oleh sebab itu Awang sokong pihak kementerian untuk cari jalan terbaik. Jangan sampai kebebasan bersuara terjejas. Pada waktu yang sama pengguna media sosial jangan anggap mereka ada lesen untuk buat apa sahaja.

Artikel Berkaitan: