Kisah sedih tiga beradik

No Image Caption
A
A
A

AWANG rasa sedih baca kisah tiga beradik di Gambang, Kuantan. Mereka tinggal di rumah saudara yang keadaannya bukan sahaja daif tetapi kotor dan busuk. Terdapat pula 13 ekor anjing di kediaman itu.

Mereka masing-masing berusia 12, 9 dan 8 tahun. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJC) Taman Tas, Kuantan mengatakan pihaknya telah beberapa kali membuat lawatan ke tempat itu.

Perbuatan ibu bapa mereka sangat tak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi si ibu yang sudah tiga tahun tak menjengah mereka. Keadaan hidup mereka tidak terurus. Awang tidak tahu bagaimana mereka boleh meneruskan persekolahan dalam keadaan begitu.

Bagi Awang, ini bukti bahawa kemiskinan dan kepayahan hidup tak mengenal kaum. Oleh sebab itu kita mesti basmi kemiskinan tanpa mengira bangsa.

Tak semua orang Cina kaya dan yang miskin tidak semestinya orang Melayu, India atau kaum-kaum lain. Soal kemiskinan bukan rekaan di negara ini.

Dalam keadaan Covid-19, banyak rakyat kita yang hilang pekerjaan dan pendapatan.

Ada cerita bahawa terdapat keluarga makan sehari sekali.

Awang harap di bawah moto ‘kerajaan prihatin’ tak ada kanak-kanak yang harus lalui keadaan yang dialami oleh tiga beradik ini.

Artikel Berkaitan: