FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan Sumareh

Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak pernah memberi ‘lampu hijau’ kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk memulakan rundingan bagi mendapatkan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan bahawa Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya bagi mendapatkan kepastian berhubung status pemain kelahiran Gambia itu yang mengambil keputusan meninggalkan Pahang selepas dikatakan tidak menerima gaji daripada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

“Benar Dr Johan ada menghubungi saya tetapi beliau sekadar bertanyakan status Sumareh dengan Pahang.

“Saya memberi keterangan kepadanya berdasarkan status kes, yang mengikut pemahaman ketika itu, Sumareh sudah membatalkan kontraknya secara sebelah pihak dengan Pahang FA menggunakan klausa tertentu terkandung dalam kontraknya,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Stuart menegaskan, FAM tidak mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dalam rundingan dengan Sumareh yang masih mempunyai kontrak dengan PBNP.

Semalam, media tempatan melaporkan bahawa Johan mendakwa FAS telah diberi ‘lampu hijau’ oleh FAM untuk memulakan rundingan bersama Sumareh.

Johan mendedahkan, FAS tidak melanggar peraturan apabila cuba mendapatkan khidmat pemain kelahiran Gambia itu.

Pada masa sama, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan kontrak perjanjian yang ditawarkan FAS kepada Sumareh untuk menyertai skuad Gergasi Merah bagi musim depan dengan gaji lumayan.

Artikel Berkaitan:

Sumareh sah melengkapkan perpindahan mengejut ke kelab Liga Thailand, Police Tero FC pada 7 September lepas setelah dilaporkan tidak menjalani sesi latihan bersama skuad Tok Gajah hampir sebulan sejak awal Ogos lalu.