Belah perut isteri untuk lihat jantina bayi

Wanita terbabit mengalami kecederaan yang serius malah bayi dalam kandungannya turut meninggal dunia. - Foto Agensi
Wanita terbabit mengalami kecederaan yang serius malah bayi dalam kandungannya turut meninggal dunia. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki di India tergamak membelah perut isterinya yang sedang hamil dengan sabit hanya kerana mahu melihat jantina bayi mereka.

Menurut polis, suspek telah ditahan dan menafikan dia berniat untuk menyakiti isterinya sebaliknya ia adalah satu 'kemalangan' ketika kejadian di daerah Badaun di Uttar Pradesh pada akhir minggu lalu.

"Mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di New Delhi. Ahli keluarga wanita itu mendedahkan pasangan tersebut sering bertengkar untuk mempunyai anak lelaki memandangkan mereka sudah memiliki lima anak perempuan.

"Suaminya mendakwa dia melemparkan sabit terbabit ke arah isterinya dan tidak menyangka ia akan menyebabkan kecederaan teruk pada mangsa dan kematian bayi lelaki dalam kandungannya," ujar jurucakap polis.

Difahamkan, siasatan masih dijalankan ke atas kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: