X

Kindly register in order to view this article
!

Nur Hayfa perlu RM160,000

Nur Shahida bersama Nur Hayfa.
A
A

SEBERANG JAYA - “Sudah tidak ada perasaan malu lagi bagi kami, apa yang penting sekarang kami perlu cari sekurang-kurangnya RM160,000 untuk menampung kos pembedahan pemindahan hati anak bongsu kami”.

Itu yang diluahkan Nur Shahida Chit Wan, 38, apabila dia dan suami, Mohd Azrul Ahmad, 40, terpaksa meminta ihsan daripada orang ramai bagi mengumpulkan dana untuk pembedahan yang akan dilakukan di Shanghai, China pada 27 Februari depan.

Muhammad Tamizie (duduk diatas motor) akan menjelajah ke seluruh semenanjung bagi mengumpul dana untuk Nur Hayfa.
Muhammad Tamizie (duduk diatas motor) akan menjelajah ke seluruh semenanjung bagi mengumpul dana untuk Nur Hayfa.

Nur Shahida berkata, anaknya Nur Hayfa yang kini berusia 2 tahun menghidap penyakit bilary artisia atau kegagalan fungsi hati sejak berusia dua minggu lagi dan kini semakin lemah selepas hatinya dilaporkan rosak sepenuhnya.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, selepas membawa anaknya berjumpa dengan pakar beberapa minggu lalu, mereka dimaklumkan Nur Hayfa perlu melakukan pembedahan segera atau berdepan dengan risiko maut.

“Setakat ini suami bersetuju untuk mendermakan sebahagian hatinya kepada Nur Hayfa namun sekiranya ia tidak sesuai saya juga bersedia untuk mendermakan hati kepada anak kami.

“Kalau tidak sesuai juga, anak sulung kami juga bersedia untuk menderma,” katanya.

Katanya, setakat ini mereka berjaya mengumpulkan RM11,500.

“Saya hanya bekerja tukang jahit dengan meraih pendapatan yang tak menentu manakala suami pula tidak dapat kerja kerana perlu jaga dua kakak Nur Hayfa sekiranya dia masuk ke hospital.

“Memang sebelum ini kami menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Zakat Pulau Pinang namun ia tidak mencukupi kerana kos penjagaan Nur Hayfa untuk sebulan mencecah RM1,500 sebulan,” katanya.

Nur Shahida berkata, dia bersyukur kerana nasib mereka mendapat perhatian Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia yang turut berusaha membantu mencari dana.

Sementara itu, seorang aktivis sosial, Muhammad Tamizie Jidin, 33, juga tampil membantu bagi mengumpulkan dana untuk Nur Hayfa.

Dia akan menjelajah ke seluruh semenanjung dengan menggunakan motosikalnya bagi membuat kutipan amal bagi mengisi tabung #pray4NurHayfa.

Orang ramai yang ingin turut menderma boleh berbuat demikan melalui akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (551575307417).