Tumpat perlu pelabuhan dan lebuh raya

Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU - Pelabuhan adalah antara projek pembangunan yang boleh mengembalikan daerah Tumpat setanding dengan daerah-daerah lain di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri mengakui Tumpat di antara daerah yang agak ketinggalan namun pihaknya tidak pernah bersikap 'lepas tangan' dalam hal tersebut.

"Saya tidak pasti bagaimana Datuk Seri Rina Harun dapat angka kemiskinan tersebut. Cuma kita memang tahu daerah ini agak ketinggalan daripada kawasan lain.

"Oleh sebab itu kita rangka beberapa program, namun belum dapat dilaksanakan. Pada pendapat kita, perkara yang paling besar ialah pembinaan pelabuhan," katanya kepada media disini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis makan malam Konsul Thai di sini, malam tadi.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar mengenai 28 daerah miskin di negara ini yang perlu diberikan perhatian untuk membangunkan sosio-ekonominya.

Tumpat di antara daerah yang tersenarai, selain Yan di Kedah dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Artikel Berkaitan: