X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Kluster Bangau-Bangau pula dikesan di Sabah

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti satu lagi kluster di Sabah iaitu Kluster Bangau-Bangau di Semporna yang merupakan kluster ketujuh di negeri itu setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, setakat hari ini, terdapat lima kes positif dikesan dalam kluster tersebut, iaitu kes ke-10,340 hingga ke-10,344 yang melibatkan empat rakyat tempatan dan satu warga asing.

“Kluster ini dikenal pasti hasil saringan kemasukan pesakit ke Hospital Semporna. Kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi kluster itu, seramai 97 individu telah disaring setakat ini dengan 92 masih menunggu keputusan, manakala punca jangkitan masih dalam siasatan.

Justeru, beliau berkata, langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan manakala perkhidmatan di Hospital Semporna masih berjalan seperti biasa.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!