Konkrit hempap kereta: Kementerian tunggu laporan CIDB

Fadillah (depan; tengah) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (depan; kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan (depan; kanan) pada Program Sesi Libat Urus Penggiat Industri, hari ini. Foto Bernama
Fadillah (depan; tengah) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (depan; kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan (depan; kanan) pada Program Sesi Libat Urus Penggiat Industri, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya sedang menunggu hasil siasatan penuh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhubung insiden kereta ditimpa batu konkrit daripada struktur pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) minggu lalu, sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara siasatan melibatkan perspektif reka bentuk, struktur lebuh raya, aspek pemantauan keselamatan dan pengurusan trafik di kawasan berkenaan.

“Kita akan dapatkan dahulu laporan daripada CIDB dan DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) dan kita akan nyatakan tindakan yang akan diambil kemudian,” katanya pada Sesi Libat Urus Penggiat Industri bersama lebih 40 wakil syarikat dan persatuan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cedera bongkah konkrit hempap kereta

Konkrit hempap kereta: DBKL kena semak peraturan tapak binaan

Mangsa dihempap konkrit patah tangan, tulang selangka

Konkrit hempap kereta: Tindakan tegas jika wujud unsur kecuaian

Pada Sabtu lepas, seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya ditimpa batu konkrit dari struktur pembinaan yang jatuh di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala Ampang itu, mangsa dilaporkan hanya cedera pada tangan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk rawatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: