X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan kayuh basikal beriringan: Polis

A
A

KUANTAN - Orang ramai yang berbasikal secara berkumpulan diminta bergerak secara berturutan ketika melalui jalan raya bukan secara beriringan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengguna jalan raya berkaitan perkara itu dan ia perlu diubah segera.

"Saya menerima komen dan terpanggil memberi peringatan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ini. Warga daerah Kuantan dan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti riadah berbasikal perlu mematuhi undang-undang sedia ada.

"Di bawah undang-undang Seksyen 42 Kaedah Kaedah Lalu Lintas 1959 telah dinyatakan bahawa basikal mesti mempunyai peralatan lengkap termasuk brek, lampu dan tempat duduk. Malah kayuhan basikal itu mestilah dilaksanakan secara berturutan iaitu berderet. Bukan beriringan berdua... bertiga... Hal ini wajib dipatuhi.

"Mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan tersebut. Ia termasuklah basikal lajak yang menjadi topik hangat dan fokus semasa pada ketika ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Kuantan di sini hari ini.

Mohd Noor berkata, aktiviti berbasikal dianjurkan pada waktu malam tanpa menggunakan lampu pula bukan sahaja membahayakan penunggang tersebut bahkan pengguna jalan raya yang lain.

"Jika ada yang ingkar polis akan ambil tindakan. Saya tidak kira siapa malah ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka berkeliaran bermain basikal lajak pada waktu malam juga boleh didakwa di bawah akta kanak-kanak kerana pengabaian.

"Pihak polis pernah mengangkut kanak-kanak bawah 12 tahun yang bermain basikal lajak di daerah ini ke balai polis. Ibu bapa mereka dipanggil dan diberi amaran keras. Jika ia berlaku lagi, tindakan perundangan akan diambil," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!