Lelaki maut kereta langgar tiang lampu isyarat

Kereta mangsa remuk di bahagian depan selepas melanggar tiang lampu isyarat di Sungkai semalam. - Foto Ihsan PDRM
Kereta mangsa remuk di bahagian depan selepas melanggar tiang lampu isyarat di Sungkai semalam. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

TAPAH - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu isyarat di Kilometer 80.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Sungkai di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Amirul Hakim Alya, 26, beralamat di Kampung Batu Melintang di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungkai.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, seorang wanita berusia 25 tahun yang merupakan penumpang hadapan kereta berkenaan mengalami kecederaan di bahagian dada dan kaki kiri.

"Siasatan awal mendapati mangsa memandu kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan dari Tanjung Malim menuju ke Tapah.

Kereta dinaiki mangsa bersama rakan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan pemandu maut di Sungkai semalam - Foto Ihsan PDRM
Kereta dinaiki mangsa bersama rakan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan pemandu maut di Sungkai semalam - Foto Ihsan PDRM

"Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kereta tersebut telah hilang kawalan, lalu terbabas melanggar tiang lampu isyarat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan dihantar mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sungkai.

Katanya, bagaimanapun, pemandu telah disahkan meninggal dunia pada jam 12.40 tengah hari manakala rakan mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa pula dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.