Dettol sumbang 500,000 sabun, 100,000 pelitup muka

Oguzhan Silivrili (kanan) menyerahkan replika sumbangan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba (dua dari kiri) di Putrajaya baru-baru ini.
Oguzhan Silivrili (kanan) menyerahkan replika sumbangan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba (dua dari kiri) di Putrajaya baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 500,000 sabun dan 100,000 pelitup muka disumbangkan RB (Health) Malaysia Sdn Bhd (RB Malaysia) Dettol Malaysia (Dettol) kepada hospital, sekolah dan keluarga miskin bandar.

Pengarah Urusan RB (Health) Malaysia, Oguzhan Silivrili berkata, sumbangan menerusi kempen Hygiene Starts With You yang dilancarkan sejak Februari lalu itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dalam menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19).

"Sebanyak 400,000 sabun Dettol disumbangkan kepada hospital dan sekolah manakala sebanyak 100,000 sabun Dettol kepada lebih daripada 25,000 keluarga miskin bandar.

"Dettol ingin memainkan peranan dalam mendukung usaha kerajaan melawan pandemik Covid-19 ini selain mendorong masyarakat untuk mengamalkan tingkah laku kebersihan yang baik untuk melindungi diri dan orang yang mereka sayangi daripada jangkitan," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kempen Hygiene Starts With You merupakan kerjasama pihaknya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Farmasi Komuniti Malaysia Guild (MCPG) dan Kechara Soup Kitchen Society (KSK).

"Melalui #HygieneStartsWithYou, Dettol melancarkan rangkaian kandungan pendidikan yang faktual dan tepat dikongsi melalui platform media sosial.

"Penekanan digital menerusi dalam talian sangat penting dalam ketika perhimpunan awam yang besar tidak digalakkan untuk membantu mengurangkan penyebaran Covid-19.

"Menerusi laman web pendidikan di Dettol yang baru dilancarkan menawarkan penjelasan dan fakta berasaskan sains yang menerangkan maklumat tentang bagaimana memerangi virus atau apa yang digambarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai 'infodemik'," katanya.

Artikel Berkaitan: