Sindiket Xiang, Nathan tumpas

Ayob Khan ( tengah) menunjukkan rampasan dadah sindiket Xiang dan Nathan di IPK Johor hari ini.
Ayob Khan ( tengah) menunjukkan rampasan dadah sindiket Xiang dan Nathan di IPK Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah Xiang dan Nathan di sekitar daerah ini, Kulai, Iskandar Puteri dan Kluang dengan merampas dadah dianggarkan bernilai RM210,993.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seramai 10 lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga Singapura berusia lingkungan 17 hingga 62 tahun dipercayai ahli dua sindiket itu ditahan dalam dua serbuan berasingan pada 16 September dan 19 September lepas.

Menurutnya, tujuh daripada 13 yang ditahan didapati positif dadah manakala sembilan lagi mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Sindiket Xiang telah aktif sejak dua tahun lalu, manakala Nathan sejak enam bulan lalu. Modus operandi kedua-dua sindiket ini sama iaitu mendapatkan bekalan dadah dari utara tanah air dan kemudiannya diproses sebelum diedar kepada tokan.

"Bagi sindiket Xiang, dadah jenis syabu akan dipeket sekilogram dan kemudiannya dijual dengan harga RM28,000 kepada tokan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, tujuh akaun bank daripada lima individu dipercayai hasil daripada kegiatan pengedaran dadah tersebut disita selain turut merampas empat buah kereta dan sebuah motosikal dan wang tunai berjumlah RM54,380.

"Kesemua suspek ditahan reman bermula 16 September hingga 23 September untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A( 1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: