X

Kindly register in order to view this article
!

Havertz bakal hilang tempat di Stamford Bridge

Havertz (kanan) masih belum memberikan impak positif kepada Chelsea dalam dua perlawanan liga sebelum ini.
A
A

TONGGAK baharu Chelsea, Kai Havertz diberikan amaran bahawa tempatnya dalam kesebelasan utama The Blues bakal terkesan berikutan prestasi semasa dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini.

Menurut legenda The Blues, Craig Burley, bekas pemain Bayer Leverkusen berusia 21 tahun itu berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan corak permainan kelab London itu semasa berdepan Brighton dan Liverpool.

"Status Havertz dalam kesebelasan utama akan lebih terancam apabila Hakim Ziyech dan Christian Pulisic kembali bersaing setelah pulih kecederaan.

"Buat sementara ini kedua-kedua pemain berkenaan sedang giat menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan sebelum ini.

"Jadi pastinya Ziyech dan Pulisic mengidamkan posisi Havertz tambahan pula prestasi tidak menentu dalam dua perlawanan sebelum ini," kata bekas pemain tengah Chelsea berusia 48 tahun itu.

Havertz yang juga tonggak skuad Jerman itu direkrut Chelsea daripada Bayer Leverkusen dengan nilai 72 juta pound pada aksi pertama liga menentang Brighton bergelut untuk memberikan impak positif.

Lebih malang lagi pemain Jerman berkenaan pada aksi menentang penyandang juara EPL, Liverpool hanya beraksi selama 45 minit sebelum dikeluarkan Lampard.

Havertz sebelum ini digandingkan di bahagian depan bersama Timo Werner dan Mason Mount ketika berdepan Liverpool.

Tambah Burley lagi, dia tidak mempertikaikan kualiti dimiliki Havertz dalam mengharungi saingan liga yang kompetitif ini.

"Pada ketika ini dia sesungguhnya bergelut untuk menyesuaikan diri dengan Werner dan Mount yang sedikit menenggelamkan corak permainannya.

“Situasi akan menjadi lebih sengat kepada Havertz apabila sekembalinya Pulisic dan Ziyech ke Stamford Bridge," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!