Durian di Lipis jadi tumpuan

Durian kampung di Lipis mendapat sambutan peminat raja buah itu.
Durian kampung di Lipis mendapat sambutan peminat raja buah itu.
A
A
A

LIPIS - Sejak beberapa minggu lalu, persekitaran di kawasan Jelai khususnya dipenuhi deretan jualan durian kampung sama ada di tepi jalan, gerai atau dalam kenderaan.

Situasi itu menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk menikmati buah tersebut.

Fenomena itu juga sekali gus menjadi bonus dan sumber rezeki tambahan kepada penduduk di beberapa kampung di kawasan terbabit.

Bagi penoreh getah, Ali Abd Malik, 44 dari suku kaum Semai di Kampung Pantos, raja buah itu mula gugur sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya,ia menjadi sumber pendapatan tambahan penduduk di kampung itu dengan menjual durian terbabit kepada peraih.

"Kali ini memang durian menjadi dan bukan penduduk tempatan sahaja, orang luar pun ramai datang ke dalam kampung ini mendapatkan buah kegemaran mereka.

Mohd Khairul memasuki kampung bagi mendapatkan durian.
Mohd Khairul memasuki kampung bagi mendapatkan durian.

"Walaupun hanya durian kampung tetapi tetap jadi buruan orang ramai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Lebih menggembirakan Ali, durian berbuah tepat pada masanya terutamanya ketika musim PRK Cameron Highlands lalu.

Sementara itu bagi peraih, Mohd Khairul Azlan, 33 musim buah itu tidak menentu dan tidak dijangka berlaku pada awal tahun ini.

"Memang rezeki buat peraih seperti saya..kadang kala boleh bawa keluar hingga 500 kilogram sehari dan harga yang dijual dalam lingkungan RM10 hingga RM13 sekilogram.

"Saya akan mendapatkan bekalan daripada penduduk kampung sekitar kawasan ini dan memang sambutan menggalakkan daripada orang ramai.Habis licin...," katanya.