Dua anggota keselamatan ditahan SPRM berkaitan beli undi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
A
A
A

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini mengesahkan menahan dua anggota pasukan keselamatan bagi membantu siasatan berhubung sejumlah wang disyaki untuk membeli undi salah seorang calon parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut sumber, dua anggota keselamatan itu dipercayai menerima dan mengagihkan wang kepada pengundi bagi calon yang bertanding.

Sumber berkata lagi, kes itu dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada SPRM setelah aduan diterima berhubung perkara itu.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy mengesahkan penahanan dua anggota keselamatan terbabit.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi Sinar Harian turut mengesahkan penahanan anggota terbabit di Lahad Datu.

"Kita sahkan penahanan di Lahad Datu dan kita rujuk kes ini kepada SPRM," katanya.

Artikel Berkaitan: