X

Kindly register in order to view this article
!

Harga minyak sawit mentah melonjak lebih RM3,000 satu tan

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Harga Minyak Sawit Mentah (CPO) Malaysia diunjurkan terus stabil melebihi RM3,000 satu tan berikutan harganya yang melonjak naik minggu lalu.

Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Muhtar Suhaili berkata, harga CPO pada 18 September 2020 telah melonjak ke RM3,056 satu tan.

"Alhamdulillah! Harga CPO Malaysia melonjak ke RM3,056/tan pada Jumaat lepas 18 September 2020 dan diunjurkan terus stabil.

"Ini tentunya berita baik buat semua pemain industri termasuk pekebun-pekebun kecil sawit. #SawitAnugerahTuhan!

"Sama-sama doakan semoga industri sawit terus berkembang maju," katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebooknya semalam.

Sementara itu semakan Sinar Harian mendapati harga harian CPO pada 21 September iaitu semalam merekodkan RM3,080 satu tan.

Sebelum 18 September, kali terakhir harga CPO Malaysia mencapai lebih RM3,000 satu tan adalah pada 15 Januari lalu ekoran impak wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia.

Sebelum ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan minyak sawit mentah (MSM) mampu mencapai sasaran harga RM3,000 satu tan sebelum akhir 2020 sebagaimana diunjurkan tahun lepas berikutan sentimen yang semakin positif.

Ia berikutan permintaan terhadap komoditi itu yang semakin beransur pulih walaupun belum mencecah paras sebelum berlakunya penularan Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!