Pegawai polis New York didakwa jadi pengintip untuk China

Gambar fail menunjukkan seorang pegawai polis berdiri di sebuah stesen tren bawah tanah di New York. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang pegawai polis berdiri di sebuah stesen tren bawah tanah di New York. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) melakukan pendakwaan ke atas seorang pegawai polis New York kerana melakukan pengintipan selain menuduhnya mendapatkan maklumat mengenai komuniti Tibet di bandar raya ini untuk kerajaan China.

Pegawai tersebut yang bekerja di sebuah balai polis Queens di New York mendapat arahan daripada anggota-anggota konsulat China di New York, menurut pendakwaan ke atasnya yang dikeluarkan semalam.

Dilahirkan di China, lelaki tersebut diberikan suaka politik di AS selepas didakwa diseksa oleh pihak berkuasa di China kerana dia merupakan etnik Tibet.

Melalui hubungannya dengan komuniti Tibet, lelaki berusia 33 tahun itu memperoleh maklumat antara tahun 2018 dan 2020 berhubung aktiviti komuniti etnik

tersebut selain mencari sumber-sumber maklumat yang berpotensi.

Menurut pendakwaan itu, lelaki tersebut yang juga pegawai Pasukan Tentera Simpanan AS telah membenarkan anggota-anggota konsulat China menghadiri majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Polis New York.

Pihak berkuasa China didakwa membayarnya puluhan ribu dolar untuk perkhidmatannya.

Dia telah dihadapkan di hadapan seorang hakim semalam dan ditahan, kata jurucakap pihak pendakwa raya Brooklyn kepada AFP.

Artikel Berkaitan:

Menurut Jabatan Polis New York, tugasnya kini digantung tanpa sebarang pembayaran gaji. - AFP