Vaksin Covid-19 mesti boleh diakses semua negara, orang ramai

Muhyiddin ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi UNGA sempena ulang tahun ke-75 UNGA.
I - Foto Bernama
Muhyiddin ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi UNGA sempena ulang tahun ke-75 UNGA.
I - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Vaksin Covid-19 apabila ditemui tidak sepatutnya ada sebarang bentuk diskriminasi, bahkan mesti boleh diakses oleh semua negara dan orang ramai.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, virus merbahaya itu meragut banyak nyawa dan mendedahkan kapasiti sebenar dan keberkesanan sistem penjagaan kesihatan.

“Kita perlu ingat oleh kerana Covid-19 tidak mendiskriminasi, respons kita juga sepatutnya begitu,” katanya ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 UNGA

Beliau berkata, virus itu ia juga memberikan impak yang sama besar terhadap sosioekonomi.

Mesyuarat itu adalah platform penampilan sulung Muhyiddin pada UNGA selepas menjadi Perdana Menteri pada Mac tahun ini.

Mesyuarat pada kali ini dilaksanakan secara maya disebabkan pandemik Covid-19 dan Perdana Menteri menyampaikan ucapan dari pejabatnya di Putrajaya. - Bernama

Artikel Berkaitan: