X

Kindly register in order to view this article
!

ASFC gesa FAS tidak lagi berkompromi isu prestasi

Faizal Wahid
A
A

ANAK Selangor Fan Club (ASFC) menggesa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak lagi berkompromi dengan prestasi The Red Giants dalam usaha mengembalikan semula keyakinan penyokong Merah Kuning selepas diaibkan 1-6 penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.

Menurut Presidennya, Mohd Faizal Wahid, kekalahan terbesar Selangor pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini adalah sesuatu yang amat memalukan biarpun mengakui bahawa lawan Harimau Selatan merupakan kelab pakej serba lengkap.

“Ya, kita tahu JDT kelab yang pakej serba lengkap dalam saingan Liga Malaysia, apatah lagi status kelab selatan tanah air sudah beberapa musim beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Asia.

“Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan pemain-pemain Selangor bahawa mereka tidak mampu menyaingi atau setidak-tidaknya memberi cabaran ketika menentang JDT Sabtu lalu. Apa yang saya nampak terdapat dalam kalangan pemain yang tidak memberi sepenuh hati pada perlawanan berkenaan.

“Semua pemain perlu mengambil tanggungjawab di atas kekalahan terbesar sepanjang sejarah menentang Harimau Selatan dan tidak hanya menuding jari kepada jurulatih atas alasan kesilapan percaturan taktikal.

“Apabila jurulatih sudah memberikan tanggungjawab menggalas cabaran dalam kesebelasan utama, maka pemain-pemain perlulah membalas kepercayaan dengan bermain sepenuh hati demi lencana di dada,” katanya kepada Sinar Harian yang menyifatkan kekalahan besar itu boleh dielakkan sekiranya semua pemain memberi sepenuh fokus pada perlawanan itu.

FAS sebelum itu memecat pengendali The Red Giants, B Sathianathan digantikan dengan Pengarah Teknikal Selangor yang juga pengendali Selangor 2, Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih sementara Gergasi Merah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!