Kenyataan Sathianathan dianggap profesional

Mahfizul Rusydin
Mahfizul Rusydin
A
A
A

KENYATAAN B Sathianathan yang mengatakan kekalahan 1-6 Selangor kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini mungkin berpunca daripada kesilapannya meletakkan pemain disifatkan satu kenyataan profesional.

Pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, kenyataan bekas ketua jurulatih The Red Giants yang dipecat semalam itu jelas menggambarkan Sathianathan seorang jurulatih profesional kerana berani mengakui kesilapannya apabila skuad kendaliannya tewas pada perlawanan berkenaan.

“Kita sebenarnya selalu sifatkan Sathianathan sebagai seorang jurulatih yang profesional kerana dia tahu apa yang dia buat.

“Daripada percaturan pemain, taktikal pasukan semua dia yang uruskan. Lagi pun, dia juga Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) dan ini telah meletakkannya standardnya pada tahap tinggi.

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.

“Secara keseluruhannya kenyataannya itu menggambarkan Sathianathan adalah seorang jurulatih yang profesional dalam kerja dia kerana sedia mengambil tanggungjawab apabila perancangannya tidak menjadi,” katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekalahan Selangor mungkin salah saya, kata Sathianathan

Sementara itu, Mahfizul berharap, The Red Giants mampu bangkit bagi melakar kemenangan pada baki tiga perlawanan CIMB Liga Super.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kemenangan dalam perlawanan selepas ini penting dalam usaha skuad Merah Kuning itu menamatkan saingan liga musim ini dalam kedudukan terbaik.

“Kita ada tiga perlawanan lagi dan pemain kena bangkit. Kadang-kadang kebangkitan daripada kekalahan ini lebih elok untuk uji sejauh mana karakter kita.

“Sebagai contoh, Perak sudah buktikan. Walaupun mereka juga tewas 0-7 kepada JDT, mereka boleh bangkit,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Persatuan Bola Sepak Selangor pecat Sathianathan