X

Kindly register in order to view this article
!

Hamza Taib
A
A

SHAH ALAM - “Tindakan memperlekehkan tragedi yang pernah berlaku di Lahad Datu membuatkan saya benar-benar kecewa,” kata bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Hamza yang bertugas sebagai pegawai kanan polis bertanggungjawab memastikan penduduk di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian serta kawasan sekitarnya dipindahkan bagi tujuan keselamatan sejak tragedi itu bermula pada Februari 2013.

Beliau turut mempersoalkan kewarasan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi yang mendakwa tragedi Lahad Datu 2013 sebagai sandiwara kerajaan.

“Seramai 10 orang pegawai dan anggota pasukan keselamatan terbunuh masih dikatakan sandiwara... saya rasa dia kurang waras,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Terdahulu, Mohamaddin yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam ucapan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini berkata, situasi itu berlaku apabila kononnya UMNO akan kalah kepada PKR.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Warisan hina pejuang Lahad Datu: Anifah

Polis terima laporan terhadap kenyataan Mohamaddin: KPN

Hina wira negara: Azmin gesa rakyat Sabah tolak Warisan

Mohammadin nafi hina anggota keselamatan

Menurut Hamza, kerajaan mempunyai rekod tangkapan pengkhianat dan mereka yang bersalah sudah dijatuhi hukuman.

“Saya masih ingat ketika itu rumah-rumah di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian dalam zon yang terjejas teruk akibat pencerobohan itu.

“Kebanyakan rumah dibakar dan dimusnahkan oleh pengganas Sulu. Saya harap polis mengambil tindakan segera ke atas bekas menteri itu kerana dakwaan berkenaan melampau dan tidak berasas,” katanya.

Menurutnya, pasukan keselamatan hanya menyerang rumah-rumah yang dihuni oleh pengganas dan tali barutnya, bukannya rumah penduduk kampung.

“Semua penduduk di Kampung Tanduo dipindahkan ke lokasi yang selamat sebelum operasi serangan dibuat,” katanya.

Insiden itu berlaku apabila sekumpulan 100 pengganas Sulu dari Selatan Filipina mendarat di pantai Kampung Tanduo pada 12 Februari 2013.

Dua anggota pasukan VAT 69 ditembak kumpulan pengganas, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota ATM turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!