X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Malaysia wajar kuat kuasa undang-undang khusus buli siber

Laporan Sinar Harian Ahad lalu.
A
A

SHAH ALAM - Malaysia wajar mengikut jejak langkah Singapura dan Filipina yang menggubal serta mempunyai akta khusus berkaitan jenayah buli siber.

Peguam, M Hafiz Zainol Abidin berkata, ketika ini Malaysia secara spesifik belum mempunyai undang-undang antibuli siber dan kesalahan tersebut tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Selain itu, buli siber tidak termaktub dalam Kanun Keseksaan. Jika ada satu akta khusus, ia akan memudahkan penguatkuasaan undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mazlena Mohamad Hussain berkata, dalam konteks jenayah, apa sahaja tindakan pembuli siber yang menyebabkan mangsa membunuh diri adalah jenayah dan boleh dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan.

“Dalam Kanun Keseksaan, jika kesan pelaku yang membuli menyebabkan seseorang itu membunuh diri, pembuli boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 306 Kanun Keseksaan iaitu menyubahati kesalahan membunuh diri. Cuma peruntukan itu dilihat tidak relevan kerana tiada perkataan buli siber,” katanya.

Justeru, Mazlena berpendapat, undang-undang sedia ada mungkin mencukupi tetapi memerlukan pindaan dari sudut penguatkuasaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Body shaming kesalahan jenayah

Perhalusi undang-undang sedia ada


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!