X

Kindly register in order to view this article
!

‘Agihan kerusi boleh jadi isu’

Jumlah agihan kerusi DUN dan Parlimen pada PRU14.
A
A

SHAH ALAM - Pemilihan pemimpin daripada parti mana yang akan memegang jawatan Menteri Besar bagi negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak serumit penentuan Ketua Menteri Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis bagaimanapun berkata, agihan kerusi di Semenanjung Malaysia dilihat akan lebih menjadi rebutan parti dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas.

Beliau berkata, pemimpin yang memegang jawatan Menteri Besar ketika ini dijangka kekal pada PRU15 kecuali bagi negeri yang mempunyai majoriti kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti Johor, Melaka dan Kedah.

Mujibu Abd Muis
Mujibu Abd Muis

“Kalau berlaku PRU15, di Semenanjung Malaysia, barangkali kompromi itu (jawatan Menteri Besar) senang berbanding di Sabah.

“Di Semenanjung Malaysia, kita lihat yang lebih parah ialah pembahagian kerusi dan jika perkara itu dapat diselesaikan, maka siapa Menteri Besar juga dapat ditentukan.

“Tapi di Sabah, pemilihan Ketua Menteri lebih rumit kerana dalam PRN sekarang, kedudukan jawatan itu sangat penting dan menjadi salah satu pertimbangan pengundi untuk memilih kerajaan negeri,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mengenai peluang pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memegang jawatan Menteri Besar di mana-mana negeri, Mujibu berkata, parti itu mempunyai potensi di negeri yang majoriti pengundi Melayu.

Namun, katanya, menjadi persoalan ketika ini ialah bagaimana Bersatu mampu kekal sebagai parti nombor satu dalam negara.

“Kalau dilihat, kerajaan sekarang dibina atas kerjasama politik yang longgar dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin disenangi di peringkat rakyat.“Tetapi saya merasakan UMNO sendiri akan menyasarkan jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, pertikaian jawatan Menteri Besar di Semenanjung Malaysia tidak akan berlaku seperti di Sabah kerana beberapa faktor.

Ahmad Marthada Mohamed
Ahmad Marthada Mohamed

Kata beliau, antara faktor itu, pelantikan Menteri Besar adalah atas perkenan sultan dan parti yang memenangi majoriti kerusi belum tentu akan dilantik.

“Namun, biasanya parti yang menang majoriti akan mencadangkan calon Menteri Besar mereka.

“Selalunya calon Menteri Besar akan dicadangkan lebih awal untuk memudahkan jentera pilihan raya berkempen dan mengelakkan pertikaian seperti di Sabah,” ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!