McPhee tekad bangkit di GP Catalunya

Aksi McPhee pada GP Emilia Romagna.
Aksi McPhee pada GP Emilia Romagna.
A
A
A

PELUMBA Moto3 Petronas Yamaha SRT, John McPhee bertekad menebus kekecewaannya semasa Grand Prix (GP) Emilia Romagna kali ini pada GP Catalunya di Litar de Catalunya, Barcelona pada Ahad ini.

McPhee berkata, kegagalannya pada kali ini mungkin disebabkan dia bermula agak jauh ke belakang berbanding pelumba lain dan seterusnya menyukarkannya untuk mengejar dan bersaing di kelompok hadapan.

“Perlumbaan kali ini agak 'laju' berbanding minggu lalu apabila kebanyakan pelumba dilihat memecut jentera masing-masing sejak awal perlumbaan.

“Keadaan itu turut menyukarkan saya untuk mengekalkan rentak tunggangan saya seperti biasa apatah lagi setelah bermula dengan jarak yang agak jauh ke belakang.

“Apa pun saya tetap menerima keputusan ini dengan positif dan berharap dapat lakukan yang terbaik lagi pada perlumbaan akan datang,” katanya.

Untuk rekod, McPhee yang sekadar menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke sepuluh pada GP kali ini bagaimanapun masih kekal berada pada kedudukan ketiga kejuaraan dunia dengan 92 mata.

Sementara itu, rakan sepasukannya Khairul Idham Pawi atau lebih dikenali sebagai Super KIP berkata, dia akan melihat keputusan perlumbaan hari ini dari sudut positif.

Katanya, pada perlumbaan kali dia berjaya mencatatkan masa 'lap time' yang konsisten selain dapat mengekalkan rentak serta gaya tunggangannya di sepanjang perlumbaan.

Artikel Berkaitan:

“Saya melihat keputusan ini dari sudut positif di mana saya sebenarnya mencatatkan masa yang baik (laptime) iaitu sekitar 1 minit 33 saat.

“Apa pun, saya berazam untuk melakukan yang lebih baik pada perlumbaan seterusnya di Barcelona,” katanya.