Mayat anak sudah ditemui

Mayat seorang lagi nelayan yang ditemui lemas dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar hari ini.
Mayat seorang lagi nelayan yang ditemui lemas dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar hari ini.
A
A
A

MUAR - Mayat seorang daripada dua beranak yang lemas selepas turun ke Sungai Muar bagi mencari kepah kelmarin ditemui pada jam 9.50 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim, Mohammad Othman berkata, mangsa, Muhammad Azwan Zainal, 25, ditemui pada jarak tiga batu nautika dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Kita menerima maklumat daripada nelayan berhubung penemuan satu mayat lelaki hanyut di perairan Sungai Muar pada jam 9.50 pagi tadi.

“Mayat kemudian diserahkan kepada agensi dan dibawa naik di pangkalan Jeti Marin sebelum diserahkan kepada pihak polis. Waris kemudian mengesahkan mangsa adalah Muhammad Azwan,” katanya pada sidang media di Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar hari ini.

Semalam, mayat bapanya, Zainal Jerman, 61, ditemui pada jam 3.25 petang di kedudukan kira-kira satu batu nautika dari lokasi mereka hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat nelayan ditemui, seorang lagi masih hilang

Dua beranak dikhuatiri lemas

Dalam kejadian kelmarin, dua nelayan dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di Sungai Muar.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa, Zainal Jerman, 61, dan anaknya Muhammad Azwan, 25, bersama dua lagi rakan mereka pergi ke lokasi tersebut dengan menaiki bot yang sama.

Berdasarkan keterangan saksi utama, Zainal turun ke sungai sebelum hanyut selepas dipercayai terlepas daripada pegangan tali dan Muhammad Azwan kemudian cuba membantu sebelum kedua-duanya lemas.