Warisan tegas tidak benarkan warga asing masuk secara haram

Yusuf (tengah) ketika sidang media di Pejabat Exco Penerangan, Pusat Komersial Palm Square, Kinarut, Papar.
Yusuf (tengah) ketika sidang media di Pejabat Exco Penerangan, Pusat Komersial Palm Square, Kinarut, Papar.
A
A
A

PAPAR - Parti Warisan Sabah (Warisan) menegaskan warga asing yang masuk ke Sabah perlu melalui laluan yang sah dan bukan dengan cara haram.

Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, keadaan wabak Koronavirus (Covid-19) kini tidak digalakkan individu dari luar negara masuk ke negeri ini.

"Kerajaan Warisan tidak setuju dengan perkara ini. Mereka perlu ada pasport. Kita tidak benarkan mereka masuk secara haram.

"Jika itu dibenarkan, maknanya ada orang lain yang memasukkan bukan kerajaan Sabah kerana kita bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk menghalang situasi ini berlaku," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Exco Penerangan, Pusat Komersial Palm Square, Kinarut hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tuduhan pihak tertentu mengenai kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) ada kaitan dengan Warisan.

Tambahnya, tugas untuk menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di bawah pasukan keselamatan yang menjaga sempadan.

"Kalau ada kenyataan berlaku kemasukan, itu tugas keselamatan untuk menghalang mereka, kalau Warisan Plus, kita tiada niat langsung membenarkan kemasukan sesiapa," katanya.

Terdahulu, ketika ditanya berhubung dakwaan terdapat pengundi yang mempunyai dua kerakyatan, beliau berkata tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

Artikel Berkaitan:

"Kita tiada rekod dan pendaftaran di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Jabatan Imigresen selain kawalan kerajaan pusat.