Tiada pesawat terhempas di Tanjung Bungah

Chester Voo - Foto CAAM
Chester Voo - Foto CAAM
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada pesawat yang terhempas berhampiran Tanjung Bungah, Georgetown semalam seperti yang dilaporkan oleh beberapa media tempatan.

Tegas Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Chester Voo, semua penerbangan termasuk penerbangan persendirian yang beroperasi semalam berlepas dan mendarat dengan selamat.

"CAAM ingin memaklumkan bahawa sistem kami tidak mengesan pengaktifan Emergency locator transmitter (ELT) di sekitar kawasan yang dilaporkan," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, ELT ialah alat yang menyiarkan isyarat khas pada frekuensi yang ditentukan dan bergantung pada aplikasi dapat diaktifkan secara automatik oleh impak atau manual.

"CAAM akan terus memantau keadaan dan sekiranya ada perkembangan, semua agensi yang terlibat akan dimaklumkan sewajarnya," katanya.

Semalam, beberapa akhbar tempatan melaporkan sebuah pesawat ringan dikhuatiri terhempas di kawasan berkenaan.

Ia selepas seorang saksi dalam laporan polis memaklumkan dia bersama rakan ternampak pesawat ringan itu berlegar-legar di ruang udara pada jam 2 petang sebelum terhempas ke dalam laut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Saksi dakwa nampak pesawat terhempas, terjunam ke laut

Polis rakam 10 keterangan babit dakwaan pesawat terhempas

Artikel Berkaitan: