Bayi perempuan siapa ini?

Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut, Mersing, hari ini.
Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut, Mersing, hari ini.
A
A
A

MERSING - Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, bayi yang masih bertali pusat dan diletakkan dalam beg itu ditemui pada jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.

"Bayi perempuan terbabit kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tenglu sebelum dimaklumkan dalam keadaan sihat dan cukup sifat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati bayi perempuan dianggar berusia lingkungan 24 jam dan kini Hospital Daerah Mersing untuk rawatan dan siasatan lanjut.

Menurut beliau, kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: