Mubarak Johor harap elaun ADUN dinaikkan

Abdullah (kanan) dan Samsolbari (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada ahli Mubarak S Ramis (dua dari kiri) pada Majlis Mesyuarat Agong Tahunan Mubarak Johor kali ke - 19, hari ini.
Abdullah (kanan) dan Samsolbari (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada ahli Mubarak S Ramis (dua dari kiri) pada Majlis Mesyuarat Agong Tahunan Mubarak Johor kali ke - 19, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Johor berharap elaun Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN)) di negeri ini dinaikkan kepada RM12,000 sebulan berbanding RM 9,000 sebulan kini.

Yang Dipertua, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Johor, Datuk Abdullah Md Ali berkata, kali terakhir elaun terbabit dinaikkan pada tahun 2015 menerusi Dewan Undangan Negeri Johor yang menyaksikan kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada RM5,000 kepada RM9,000 sebulan.

Katanya, langkah menaikkan elaun ini akan memberi keselesaan kepada wakil rakyat berkenaan selepas bersara kelak kerana mendapatkan bayaran pencen berdasarkan jumlah penggal perkhidmatan mereka.

"Kita (Johor) sudah ketinggalan terlalu jauh dari segi perbezaan elaun wakil rakyat berbanding Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.

"Secara tidak langsung jika elaun wakil rakyat naik, bekas ADUN turut menerima kenaikan elaun. Ini kerana bekas ADUN turut bergantung dengan elaun tersebut tidak semua ada pendapatan lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesyuarat Agong Tahunan Mubarak Johor kali ke - 19 di Dewan Badan Perhubungan UMNO Johor, Jalan Yahya Awal di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan Presiden Mubarak Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman.

Menurut Abdullah, pertemuan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad telah dilakukan pada Mei lepas berhubung cadangan Mubarak menaikkan elaun ADUN.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini respon yang diberikan Hasni sangat baik. Kita faham dalam keadaan politik sekarang susah untuk mencapai kata sepakat, jadi ADUN pembangkang juga perlu sokong cadangan ini untuk kebajikan mereka apabila tidak lagi berkhidmat sebagai wakil rakyat," katanya.

Jelasnya, Mubarak Johor kini mempunyai 60 ahli di mana dalam kalangan mereka uzur dan mengalami masalah kesihatan.