X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga wanita rugi RM102,050 ditipu 'wakil Pos Laju'

Seorang peniaga wanita kerugian RM102,050 selepas diperdaya ahli sindiket Macau Scam menerusi panggilan telefon pada 15 September lalu. Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

ALOR SETAR - Seorang peniaga wanita kerugian RM102,050 selepas diperdaya ahli sindiket Macau Scam menerusi panggilan telefon pada 15 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki menyamar sebagai wakil Pos Laju Malaysia pada jam 12 tengah hari.

Menurutnya, 'wakil Pos Laju' itu menawarkan bantuan kepada mangsa yang berusia 46 daripada ditahan pihak berkuasa kerana dikatakan mempunyai barang terlarang di pejabat Pos Laju Malaysia.

"Selepas itu talian disambungkan kepada 'pegawai polis' dari Bukit Aman dan mangsa diminta membuat bayaran wang bertujuan membolehkan barangan di pejabat Pos diserahkan tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

"Disebabkan rasa takut, mangsa melakukan 14 kali transaksi ke akaun bank milik individu tidak dikenali pada 15 September dan 17 September 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dijanjikan akan dipulangkan semula wangnya setelah proses menerima serahan barang di pejabat Pos Laju Malaysia selesai dalam tempoh dua hari, namun mangsa diminta membuat lagi bayaran berjumlah RM50,000.

"Mangsa tidak meneruskan bayaran tersebut kerana mengesyaki ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada 18 September lalu dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!